26 Mac Senawang - Alhamdulillah, lebaran baru telah dicipta di Senawang apabila tertubuhnya satu Jawatankuasa Penaja (Komiti) yang bakal menyemarakkan lagi perjuangan HPA (Produk Halal Tanggungjawab Bersama) di Negeri Sembilan.
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh Pemimpin-Pemimpin Kelab HPA (Utara,Tengah,Timur & Selatan), komiti yang telah ditubuhkan ini, sanggup menyahut cabaran untuk membantu HPA Cawangan meningkatkan jualan bagi mencapai sasaran RM100,000/bulan khususnya di Senawang.HPA Cawangan Senawang adalah merupakan satu lagi cawangan baru HPA yang ditubuhkan berkonsepkan Halal Mart.
Menurut Pengerusi Penaja Komuniti HPA Senawang Sdr Shamsul, beliau berkeyakinan bahawa sasaran ini dapat dicapai dalam masa terdekat jika semua ahli HPA di sekitar Senawang bekerja keras untuk memperkenalkan produk-produk HPA yang sedia ada kepada komuniti setempat yang dianggarkan berjumlah 25,000 orang.Sehubungan dengan itu, beliau mengajak orangramai yang berminat untuk bersama dengan perjuangan HPA agar dapat hadir beramai-ramai dalam program mingguan yang telah dirancang iaitu pada 2-4-2010 (Jumaat malam Sabtu) jam 9.00 malam di Halal Mart HPA, No 19.Jalan Cempaka 28, Pusat Perniagaan Cempaka, 70450 Senawang.
InsyaAllah, pengisian program mingguan ini (PERCUMA) akan dibimbingkan oleh Pemimpin-pemimpin Kelab yang akan dijemput nanti.Saudara Shamsul juga ingin merakam jutaan terima kasih kepada Pengurus Halal Mart Encik Amir dan juga pembantunya Cik Ema yang memberi kerjasama yang baik termasuk Ustaz Abdul Hadi, Pengerusi KENSS (Kelab HPA Negeri Sembilan Selatan) bagi menjayakan pertemuan dan penubuhan Komiti Komuniti HPA Senawang.
Semoga usaha untuk menyemarakkan lagi perjuangan HPA di Negeri Sembilan ini akan mendapat keredhaan dari Allah SWT. Seeru 'ala barokatillah.
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan