No.19G, Ground Floor & 1st Floor, Jalan Cempaka 28, 70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus.
No.Tel : 019-750 4849 No.Faks : 06-677 5161 Emel : halalmart_senawang@yahoo.com Emel Komuniti : hpa.senawang@gmail.com

INFO TERKINI

**Operasi HPA Halal Mart Senawang - Sepanjang bulan Ramadhan 1433H ini dibuka bermula jam 8.00 pagi hingga jam 6.00 petang. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Selasa, 30 Mac 2010

Memahat Cita-Cita

Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.Dia juga perlu menyabarkan orang-orang yang bersama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah. Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita. Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu. sumber : http://jawiherbshop.blogspot.com/2010/03/memahat-cita-cita.html

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Subscribe via Email

Enter your email address:

Pengikut

 
Copyright 2009 .:Caw. HPA Halal Mart Senawang:.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan