HEBAHAN : KELAS MINGGUAN
Setiap Hari Jumaat Malam Sabtu
Masa : 9.00 - 11.00malam
Tempat : Dewan Kuliah HPA Halal Mart Senawang
Tentatif Pengisian Kelas:
- Pengenalan Syarikat
- Pelan Pemasaran
- Pengetahuan Produk
- Motivasi
- Testimoni
Terbuka kepada semua, ahli dan bukan ahli.
KENAPA PERLU HADIR KELAS MINGGUAN
Memandangkan kepada Misi dan Visi syarikat yang sangat besar iaitu untuk menguasai PASARAN GLOBAL PRODUK HALAL; adalah menjadi tanggungjawab setiap pengedar untuk bekerjasama dalam membantu syarikat BUMIPUTRA MUSLIM ini untuk kekal wujud sebagai satu syarikat yang menjadi Harapan Paling Akhir kepada umat ISLAM.
Untuk tujuan ini adalah sangat PENTING bagi setiap PENGEDAR BERTAULIAH (PB) hadir ke perjumpaan KELAS MINGGUAN yang banyak memberikan manfaat; diantaranya:-
1-Tempat pengedar baru dan lama berkumpul, berbincang dan menyatukan fikir agar dapat menyusun strategi yang lebih mantap untuk memajukan perniagaan ini.
2-Tempat untuk setiap pengedar meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan mendengar taklimat dan pengalaman dari pemimpin yang telah berjaya.
3-Mereka yang hadir dapat dimotivasikan agar dapat kekal di atas landasan perjuangan yang suci ini.
4-Pengedar-pengedar baru dapat memanfaatkan kehadiran pemimpin dengan memperkenalkan jaringan mereka dengan pemimpin yang sentiasa sedia memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman.
5-Tempat untuk mendapat maklumat terkini seperti jadual kursus Perubatan Jawi (PJ), Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC), Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) dll samada dari syarikat HPA atau Kelab Pemimpin tempatan agar pengedar-pengedar dapat mengambil peluang untuk memajukan perniagaan mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan